Sabtu, 29 Disember 2012
Selasa, 4 Disember 2012
Rabu, 5 September 2012
'Tawau Scooter Festival 2012 TAWAUfm'
Jom
sertai 'Tawau Scooter Festival 2012 TAWAUfm' pada 14, 15 & 16
September 2012. Untuk penyertaan, sila hubungi nombor tertera di bawah.
'Bersatu, Beramal & Beriadah'
'TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda'
'Bersatu, Beramal & Beriadah'
'TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda'
Rabu, 29 Ogos 2012
Malam Kemerdekaan 2012
Meriahkan Sambutan Malam Kemerdekaan 2012 Peringkat Perbandaran Tawau di Dataran MPT pada 30 Ogos 2012 (Khamis). Acara akan dimulakan seawal pukul 3.00 petang dengan Program Radio Di Lokasi (RDL) TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda. Aktiviti malamnya pula akan diisi dengan Pertandingan Lagu Patriotik Irama Nusantara yang akan diiringi oleh Kombo Etnik Tawau bermula pada pukul 8.00 malam dan seterusnya Persembahan Kesenian & Kebudayaan yang dibahagikan dalam beberapa segmen iaitu Bahtera Merdeka, Anak Merdeka, Kampungku Harmoni dan Malaysia Baru. Jom kita beramai-ramai memeriahkannya... 55 Tahun Merdeka ~ Janji Ditepati!!!
#Merdeka55
#MERDEKA55 ~ Rekod perhimpunan pengguna Tweeter paling ramai & Tweet paling
banyak dalam masa sejam (8.15 malam - 9.15 malam) menggunakan #merdeka55 dan
satu tweet Merdeka buat YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Perdana
Menteri Malaysia). Jom kita GEMURUHKANNYA!!!
Untuk mendaftar, layari www.twtupmerdeka.blogspot.c om
Untuk mendaftar, layari
Selasa, 14 Ogos 2012
Khamis, 2 Ogos 2012
Program Memasak Bubur Lambuk & Berobbok TAWAUfm Bersama Bernas / Sabarice Sdn. Bhd.
Jom meriahkan 'Program Memasak Bubur Lambuk & Berobbok TAWAUfm Bersama Bernas / Sabarice Sdn. Bhd.' pada 6 Ogos 2012 (Isnin) jam 9.00 pagi - 2.00 petang di Gudang Sabarice Sdn. Bhd. yang terletak di Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau.
Program ini merupakan anjuran Radio Malaysia TAWAUfm dengan kerjasama Sabarice Sdn. Bhd. dan disokong oleh PDRM, 7RAMD (Kem Kukusan), Kolej Komuniti Tawau, Petronas Dadangan Sdn. Bhd., Alif Utama Group (Tawau), Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia (PRBM) & Kelab RAKAN@TAWAUfm.
Jom dapatkan Bubur Lambuk & Berobbok (Bubur Jagung) kami bermula pukul 2.00 petang di lokasi-lokasi berikut ;
1) RTM Tawau, Jalan Chong Thien Vun, Tawau
2) Gudang Sabarice Sdn. Bhd. (Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau)
3) Kolej Komuniti Tawau
Jumpa anda di sana!!!
Selasa, 31 Julai 2012
'RTM ~ Penyiar Rasmi Siaran 'Terrestrial' Sukan Olimpik London 2012'
Saksikan aksi-aksi para atlet seluruh dunia dalam SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 semestinya di TV1 & TV2... 'RTM ~ Penyiar Rasmi Siaran 'Terrestrial' Sukan Olimpik London 2012'
Khamis, 26 Julai 2012
Acara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012
Saksikan kemeriahan Acara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012 secara LIVE di TV2 pada 28 Julai 2012 (Sabtu) hanya di TV2... RTM ~ Penyiar Rasmi 'Terrestrial' Sukan Olimpik London 2012
p/s : Siaran Langsung di TV2 bermula pada pukul 5.55 pagi memandangkan perbezaan masa dengan London. Harap maklum & Selamat Menonton!!!
p/s : Siaran Langsung di TV2 bermula pada pukul 5.55 pagi memandangkan perbezaan masa dengan London. Harap maklum & Selamat Menonton!!!
Rabu, 25 Julai 2012
Selasa, 24 Julai 2012
Singgah Sungkai TAWAUfm (Musim ke-2)
Ingin menjadi 'Tuan Rumah' lokasi rancangan 'Singgah Sungkai TAWAUfm'? Sila hubungi Penerbit di talian 089773397 pada waktu-waktu pejabat... Cepat, tarikh tutup penyertaan ialah sehingga minggu ke-2 Ogos 2012.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa daripada kami di Radio Malaysia TAWAUfm...
Isnin, 23 Julai 2012
Ahad, 22 Julai 2012
Selasa, 17 Julai 2012
Isnin, 16 Julai 2012
Rakaman Rancangan Khas TV & Radio 'RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI... RAKAN@TAWAUfm'
Rakaman
Rancangan Khas TV & Radio 'RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI...
RAKAN@TAWAUfm' kelolaan Radio Malaysia TAWAUfm & Seksyen Ehwal
Semasa TV, RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Peminat
RAKAN@TAWAUfm & Pergerakan Pemuda UMNO Tawau akan diadakan pada 18
Julai 2012 (Rabu), jam 6.00 petang - 10.00 malam di Midah Cafe, Jalan
Air Panas, Tawau.
Jom sama-sama kita memeriahkanya!!!
Jom sama-sama kita memeriahkanya!!!
Program 'Marhaban Ya Ramadan' 2012
RADIO MALAYSIA TAWAUfm akan mengadakan Program MARHABAN YA RAMADAN dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen P.191 Kalabakan di Masjid Baitul Rahman, Kg. Baru, Jalan Bunga Raya, Tawau pada pukul 4.00 petang - 8.00 malam, 19 Julai 2012 (Khamis).
Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (Ahli Parlimen P.191 Kalabakan / Ketua UMNO P.191 Kalabakan) dan turut dihadiri oleh YB Haji Abdul Muis Picho (ADUN N.60 Sebatik) & YB Datuk Hajah Hamisa Samat (ADUN N.59 Tanjung Batu).
Antara aktiviti sepanjang program ialah ; Kenduri Kesyukuran Menjelang Ramadan, Siaran Langsung dari lokasi rancangan IQRA' TAWAUfm dan Titik Sentuhan Ramadan Al-Mubarak. Orang ramai dijemput hadir...
'MARHABAN YA RAMADAN' & Salam Ramadan Al-Mubarak daripada kami di Radio Malaysia TAWAUfm...
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
.jpg)

.jpg)













