Isnin, 16 Julai 2012

Program 'Marhaban Ya Ramadan' 2012


RADIO MALAYSIA TAWAUfm
akan mengadakan Program MARHABAN YA RAMADAN dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen P.191 Kalabakan di Masjid Baitul Rahman, Kg. Baru, Jalan Bunga Raya, Tawau pada pukul 4.00 petang - 8.00 malam, 19 Julai 2012 (Khamis).

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (Ahli Parlimen P.191 Kalabakan / Ketua UMNO P.191 Kalabakan) dan turut dihadiri oleh YB Haji Abdul Muis Picho (ADUN N.60 Sebatik) & YB Datuk Hajah Hamisa Samat (ADUN N.59 Tanjung Batu).

Antara aktiviti sepanjang program ialah ; Kenduri Kesyukuran Menjelang Ramadan, Siaran Langsung dari lokasi rancangan IQRA' TAWAUfm dan Titik Sentuhan Ramadan Al-Mubarak. Orang ramai dijemput hadir...

'MARHABAN YA RAMADAN'
& Salam Ramadan Al-Mubarak daripada kami di Radio Malaysia TAWAUfm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan