Rabu, 29 Ogos 2012

Malam Kemerdekaan 2012


Meriahkan Sambutan Malam Kemerdekaan 2012 Peringkat Perbandaran Tawau di Dataran MPT pada 30 Ogos 2012 (Khamis). Acara akan dimulakan seawal pukul 3.00 petang dengan Program Radio Di Lokasi (RDL) TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda. Aktiviti malamnya pula akan diisi dengan Pertandingan Lagu Patriotik Irama Nusantara yang akan diiringi oleh Kombo Etnik Tawau bermula pada pukul 8.00 malam dan seterusnya Persembahan Kesenian & Kebudayaan yang dibahagikan dalam beberapa segmen iaitu Bahtera Merdeka, Anak Merdeka, Kampungku Harmoni dan Malaysia Baru. Jom kita beramai-ramai memeriahkannya... 55 Tahun Merdeka ~ Janji Ditepati!!!

#Merdeka55


#MERDEKA55 ~ Rekod perhimpunan pengguna Tweeter paling ramai & Tweet paling banyak dalam masa sejam (8.15 malam - 9.15 malam) menggunakan #merdeka55 dan satu tweet Merdeka buat YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia). Jom kita GEMURUHKANNYA!!!

Untuk mendaftar, layari www.twtupmerdeka.blogspot.com 

Selasa, 14 Ogos 2012

Khamis, 2 Ogos 2012

Program Memasak Bubur Lambuk & Berobbok TAWAUfm Bersama Bernas / Sabarice Sdn. Bhd.


Jom meriahkan 'Program Memasak Bubur Lambuk & Berobbok TAWAUfm Bersama Bernas / Sabarice Sdn. Bhd.' pada 6 Ogos 2012 (Isnin) jam 9.00 pagi - 2.00 petang di Gudang Sabarice Sdn. Bhd. yang terletak di Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau.

Program ini merupakan anjuran Radio Malaysia TAWAUfm dengan kerjasama Sabarice Sdn. Bhd. dan disokong oleh PDRM, 7RAMD (Kem Kukusan), Kolej Komuniti Tawau, Petronas Dadangan Sdn. Bhd., Alif Utama Group (Tawau), Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia (PRBM) & Kelab RAKAN@TAWAUfm.  


Jom dapatkan Bubur Lambuk & Berobbok (Bubur Jagung) kami bermula pukul 2.00 petang di lokasi-lokasi berikut ; 

1) RTM Tawau, Jalan Chong Thien Vun, Tawau
2) Gudang Sabarice Sdn. Bhd. (Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau)
3) Kolej Komuniti Tawau

Jumpa anda di sana!!!