Khamis, 2 Ogos 2012

Program Memasak Bubur Lambuk & Berobbok TAWAUfm Bersama Bernas / Sabarice Sdn. Bhd.


Jom meriahkan 'Program Memasak Bubur Lambuk & Berobbok TAWAUfm Bersama Bernas / Sabarice Sdn. Bhd.' pada 6 Ogos 2012 (Isnin) jam 9.00 pagi - 2.00 petang di Gudang Sabarice Sdn. Bhd. yang terletak di Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau.

Program ini merupakan anjuran Radio Malaysia TAWAUfm dengan kerjasama Sabarice Sdn. Bhd. dan disokong oleh PDRM, 7RAMD (Kem Kukusan), Kolej Komuniti Tawau, Petronas Dadangan Sdn. Bhd., Alif Utama Group (Tawau), Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia (PRBM) & Kelab RAKAN@TAWAUfm.  


Jom dapatkan Bubur Lambuk & Berobbok (Bubur Jagung) kami bermula pukul 2.00 petang di lokasi-lokasi berikut ; 

1) RTM Tawau, Jalan Chong Thien Vun, Tawau
2) Gudang Sabarice Sdn. Bhd. (Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau)
3) Kolej Komuniti Tawau

Jumpa anda di sana!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan