Selasa, 31 Julai 2012

'RTM ~ Penyiar Rasmi Siaran 'Terrestrial' Sukan Olimpik London 2012'

Saksikan aksi-aksi para atlet seluruh dunia dalam SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 semestinya di TV1 & TV2... 'RTM ~ Penyiar Rasmi Siaran 'Terrestrial' Sukan Olimpik London 2012'

Khamis, 26 Julai 2012

Acara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012


Saksikan kemeriahan Acara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012 secara LIVE di TV2 pada 28 Julai 2012 (Sabtu) hanya di TV2... RTM ~ Penyiar Rasmi 'Terrestrial' Sukan Olimpik London 2012  

p/s : Siaran Langsung di TV2 bermula pada pukul 5.55 pagi memandangkan perbezaan masa dengan London. Harap maklum & Selamat Menonton!!!

Selasa, 24 Julai 2012

Singgah Sungkai TAWAUfm (Musim ke-2)


Ingin menjadi 'Tuan Rumah' lokasi rancangan 'Singgah Sungkai TAWAUfm'? Sila hubungi Penerbit di talian 089773397 pada waktu-waktu pejabat... Cepat, tarikh tutup penyertaan ialah sehingga minggu ke-2 Ogos 2012.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa daripada kami di Radio Malaysia TAWAUfm...

Isnin, 16 Julai 2012

Rakaman Rancangan Khas TV & Radio 'RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI... RAKAN@TAWAUfm'


Rakaman Rancangan Khas TV & Radio 'RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI... RAKAN@TAWAUfm' kelolaan Radio Malaysia TAWAUfm & Seksyen Ehwal Semasa TV, RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Peminat RAKAN@TAWAUfm & Pergerakan Pemuda UMNO Tawau akan diadakan pada 18 Julai 2012 (Rabu), jam 6.00 petang - 10.00 malam di Midah Cafe, Jalan Air Panas, Tawau.

Jom sama-sama kita memeriahkanya!!!

Program 'Marhaban Ya Ramadan' 2012


RADIO MALAYSIA TAWAUfm
akan mengadakan Program MARHABAN YA RAMADAN dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen P.191 Kalabakan di Masjid Baitul Rahman, Kg. Baru, Jalan Bunga Raya, Tawau pada pukul 4.00 petang - 8.00 malam, 19 Julai 2012 (Khamis).

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (Ahli Parlimen P.191 Kalabakan / Ketua UMNO P.191 Kalabakan) dan turut dihadiri oleh YB Haji Abdul Muis Picho (ADUN N.60 Sebatik) & YB Datuk Hajah Hamisa Samat (ADUN N.59 Tanjung Batu).

Antara aktiviti sepanjang program ialah ; Kenduri Kesyukuran Menjelang Ramadan, Siaran Langsung dari lokasi rancangan IQRA' TAWAUfm dan Titik Sentuhan Ramadan Al-Mubarak. Orang ramai dijemput hadir...

'MARHABAN YA RAMADAN'
& Salam Ramadan Al-Mubarak daripada kami di Radio Malaysia TAWAUfm...