Sejarah

Sejarah siaran radio di tawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat, pada 31 0gos 1987 stesen pemancar radio Tawau telah mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz.

Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran TAWAUfm telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh Tawau termasuk daerah Semporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran.

Sebutan nama stesen radio di Tawau juga mengalami evolusi penjenamaan :-
 
31 Ogos 1987 - Radio Malaysia Tawau
Tahun 1997 - Radio Malaysia Sabah Siaran Dari Tawau
Tahun 2000 - Radio Malaysia Tawau
07 Ogos 2005 - TAWAUfm
01 Jun 2009 - Radio Malaysia TAWAUfm

Kini TAWAUfm terus mengorak langkah seiring dengan pembangunan negara dengan adunan rancangan-rancangan yang berkualiti disiarkan dan terus berfungsi sebagai 'Community Radio' bagi menepati aspirasi rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan