RADIO MALAYSIA TAWAUfm akan mengadakan Program MARHABAN YA RAMADAN dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen P.191 Kalabakan di Masjid Baitul Rahman, Kg. Baru, Jalan Bunga Raya, Tawau pada pukul 4.00 petang - 8.00 malam, 19 Julai 2012 (Khamis).
Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (Ahli Parlimen P.191 Kalabakan / Ketua UMNO P.191 Kalabakan) dan turut dihadiri oleh YB Haji Abdul Muis Picho (ADUN N.60 Sebatik) & YB Datuk Hajah Hamisa Samat (ADUN N.59 Tanjung Batu).
Antara aktiviti sepanjang program ialah ; Kenduri Kesyukuran Menjelang Ramadan, Siaran Langsung dari lokasi rancangan IQRA' TAWAUfm dan Titik Sentuhan Ramadan Al-Mubarak. Orang ramai dijemput hadir...
'MARHABAN YA RAMADAN' & Salam Ramadan Al-Mubarak daripada kami di Radio Malaysia TAWAUfm...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan